BAWANG PUTIH

12 05 2007

apabila bercakap mengenai bawang putih, terus kita akan terfikirkan kelebihannya di dalam masakan kita…ini kerana bawang putih membangkit rasa dan bau di dalam makanan kita…namun begitu, bawang putih juga boleh dijadikan pengilat kuku…dengan menggunakan bawang putih, kita boleh mempunyai kuku yang cantik dan berkilat secara semula jadi….cara rawatannya adalah…

bawangpu.jpg

ambil bawang putih dan kupas kulitnya…selepas itu belah bawang putih tersebut kepada dua…sapau bahagian tengah bawang putih kepada kuku kita secara perlahan-lahan..dan selepas itu lihat hasilnya pada kuku kita…





MAKANAN SEGERA LEBIH BAHAYA DARIPADA ROKOK

9 05 2007

Oleh Mohd Roji Abdullah

BATU PAHAT: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda. Malah, Dr Chua menyifatkan makanan segera lebih berbahaya daripada rokok dan minuman keras kerana ada kes pengambilan makanan bermula sejak bayi lagi.

“Pengambilan makanan segera sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan kita lemah dari awal lagi kerana kita sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita.”

“Tidak keterlaluan jika kita letakkan tahap bahaya makanan segera sama taraf atau lebih tinggi lagi berbanding rokok atau minuman keras,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA Batu Pahat, di Dewan Jubli Intan, di sini, malam kelmarin.

Dr Chua berkata, pengambilan makanan segera sejak usia bayi dikenal pasti penyumbang utama peningkatan mendadak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Dua puluh tahun lalu, hanya enam peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu (kencing manis), tetapi kini sudah meningkat kepada sembilan peratus dan jika amalan mengambil makanan segera berterusan, tidak mustahil jumlah pesakit akan meningkat 12 hingga 13 peratus pada 2020 nanti,” katanya.

Menteri Kesihatan itu berterima kasih sokongan pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap cadangan kementerian melarang iklan makanan segera di media.

“Jika langkah tegas, termasuk melarang iklan makanan segera di media tidak diambil, kami khuatir bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kronik terus meningkat ke tahap serius.”

“Saya akan berjumpa dengan NGO bagi berbincang dengan mereka untuk mencari pendekatan bagaimana mencapai hasrat kita mendidik rakyat Malaysia supaya tidak memakan makanan segera,” katanya sambil menambah, masalah itu diburukkan dengan keengganan rakyat Malaysia bersenam.





KHASIAT DAUN KADUK

9 05 2007

Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.

Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas…

kaffir_basil_kaduk_mint_laksa_kesom-thumb.jpg





HOT DOG BAKAR

3 05 2007

hot dog





BUBUR

3 05 2007

bubur





NASI AYAM

3 05 2007

NASI AYAM





BINATANG PUN PERLUKAN MAKANAN

3 05 2007

BINATANG PUN NAKKAN MAKANAN





YASIR DAN PIZZA

3 05 2007

pizza





ROJAK PENANG

3 05 2007

Rojak penang





TEMBIKAI

2 05 2007

 

 

 

 

tembikai


Khasiat makanan

  • Bijinya boleh dimakan sebagai kacang panggang.
  • Buahnya dimakan mentah atau dibuat jus buah-buahan.

Khasiat perubatan

  • Akarnya dicampur dengan kunyit & hancurkan serta dicampur dengan sedikit cuka untuk mengubati sakit rheumatism.
  • Bijnya pula boleh dipecahkan, kemudian direbus lalu diminum. Ini bagi membantu pelawasan buang air kecil, merawat bengkak, masalah sistem pernafasan dan membantu penghadaman.
  • Bijinya yang segar dihancurkan dan cecairnya diperah. Kemudian ditelan untuk mengatasi masalah cacing di dalam perut.
  • Biji atau kulit buah boleh dikeringkan, dipanggang dan dihancurkan sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan air dan ditelan bagi rawatan sakit di bahagian salur kencing.
  • Isi atau jusnya kalau diminum dapat melawaskan buang air kecil, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, mengurangkan masalah bronchitis, ubat beri-beri, bengkak pundi kencing, sakit kerongkong, sakit mulut, ketagih arak, demam kuning, masalah ginjal dan bengkak dalam sistem pernafasan.
  • Jika sakit kepala, ikat kulitnya pada kepala.
  • Kulit buah dihancurkan dan dijadikan ubat pupuk untuk merawat masalah hati.
  • Daunnya boleh direndam dan diminum untuk merawat penyakit malaria.

 





UBI KENTANG BAKAR

1 05 2007

ubi kentang bakar

Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.

Selain daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia juga merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Di dalam ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya. Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.