AMALAN PEMAKANAN ‘KISMIS’ MENGIKUT ISLAM

10 07 2007

Kismis merupakan salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat. Amalan pemakanan kismis boleh membantu sesorang individu tersebut mendapat bekalan oksigen yang secukupnya kerana kandungan zat besinya memang sangat diperlukan  untuk membina darah bagi memstikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen pada otak manusia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.Dalam Islam, cara pemakanan kismis yang biasa digunakan adalah:-

Kismis

CARA MAKAN :

  1. Menghadap kiblat.
  2. Baca Bismillah dan diikuti selawat keatas nabi sebanyak 3 kali.
  3. Kemudian baca doa penerang hati.
  4. Selepas itu, masukkan kedalam mulut dan kemam seperti gula-gula. Jangan kunyah.
  5. Makan sebiji-sebiji sehingga habis sebanyak 21 biji.

Diharap tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualti.





BAHAYA MAKANAN SEGERA @ FAST FOOD

9 07 2007

baby wif McD..

Sedarkah kita bahawa makanan segera yang menjadi kegilaan masyrakat kita sekarang mempunyai kandungan gula, lemak dan garam yang sangat tinggi. Fakta ini disahkan sendiri oleh pakar-pakar pemakanan. Kandungan bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang mana sangat membahaya seperti obesiti, darah tinggi, dan mungkin kanser. Tahap kesedaran masyarakat zaman sekarang tentang bahayanya makanan segera sememangnya sangat rendah. Dibantu pula dengan pengiklanan secara besar-besarkan oleh syarikat-syarikat makanan segera ini untuk menarik minat pencinta makanan segera mencuba apa yang mereka hasilkan. Sebagai contoh, jika kita membeli surat khabar, syarikat makanan segera menyediakan ‘brosure’ untuk mempromosikan makanan mereka berserta kad diskaun.

stop fast food!!!

Langkah bijak yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengharamkan pengiklanan makanan segera melalui media massa yang mana dibantu oleh Kementerian Penerangan Malaysia adalah satu langkah yang sememangnya patut dipuji. Kesedaran rakyat Malaysia tentang bahayanya makanan segera hendaklah dipertingkatkan bagi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti.





CARA MEMOTONG LOBAK MERAH YANG BETUL

9 07 2007

carrot @ lobak merah

Pernahkah kita terfikir yang cara kita memotong lobak merah atau sayur-sayuran lain kita hendak memsak adalah salah. Kenapa salah? Ini kerana cara kita memegang lobak tersebut adalah tidak mengikut posisi yang sepatutnya. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips cara yang betul untuk memotong lobak merah.

Untuk mendapatkan potongan lobak merah yang sekata, kita hendaklah memastikan bahawa tangan kita berada di atas lobak merah. Jari hantu pula hendaklah berada di posisi paling atas untuk memudahkan kerja kita. Untuk mendapatkan potongan yang sama bagi setiap potongan, pastikan mata pisau berada di hadapan permukaan kuku jari hantu kita. Semasa memotong, hanya gerakkan jari hantu kita diikuti dengan mata pisau. Denngan menggunakan kaedah ini, potongan lobak merah kita adalah sama dan ianya juga dapat mempercepatkan tugasan kita semasa memotong lobak merah.





KOPI ATAU VANILLA COKE???

6 07 2007

Minuman merupakan salah satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan kita. ini kerana untuk mempunyai tubuh yang sihat, seseorang individu itu hendaklah meminum 8 gelas air masak sehari.

coffee or vannila coke??

Kopi merupakan diantara minuman yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia. Tidak hairan sekiranya kita melihat kebanjiran kedai kopi yang mana merupakan tempat paling diminati oleh penggemar minuman tersebut terutamanya masyarakat kampung. Kopi merupakan minuman yang mempunyai jumlah kafein yang sangat tinggi dan pengambilan yang kerap boleh membahayakan kesihatan penggemar minuman tersebut.

jom minum kopi

Vannila coke pula adalah diantara minuman yang digemari oleh golongan remaja masa kini kerana rasanya. Namun golongan ini tidak sedar tentang keburukan amalan meminum minuman ini. Ini kerana vanilla coke boleh menghakis bahagian perut kita sekiranya kita sentiasa meminumnya. Kita juga sedia maklum bahawa minuman seperti ini mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan masalah kencing manis. Amalan meminum minuman ini hendaklah dihentikan bagi menjamin kesihatan kita.

pekena vanilla coke





CHINESE SOUP

5 07 2007

Sup cina adalah diantara makanan yang berkhasiat yang mana boleh dihasilkan oleh kita. cara penyediaannya yang begitu mudah boleh dimanfaatkan oleh pengemar sup atau mereka yang sentiasa sibuk dengan bebanan kerja.

sup cina

Bahan-bahan yang dogunakan dalam penghasilan sup cendawan memang berkhasiat. Diantaranya ilah cendawan kering, sirip ikan yu, lobak merah dan juga ubi kentang. Kita sedia maklum bahawa bahan-bahan diatas mempunyai khasiat yang berbeza. Dengan amalan memakan sup cina ini, seseorang individu itu boleh mengekalkan kesihatannya dengan baik.





TIDAK MAKAN MALAM MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

22 06 2007


Ramai beranggapan bahawa dengan mengambil makanan dengan jumlah yang sedikit dapat membantu menurunkan berat badan kita. tanggapan tersebut adalah salah kerana sewaktu makan, tubuh berfikir kita kelaparan dan kerananya melambatkan proses melatbolisme. kecenderungan kita makan melewati waktu malam hendaklah dikurangkan atau jangan sesekali makan pada waktu malam. seelok-eloknya, kita hendaklah makan sebelum maghrib. cara yang sihat adalah kita hendaklah sentiasa makan agar gula darah sentiasa seimbang.

gerai mamak





Kambing biri-biri

22 06 2007

Kambing biri-biri