UBI KENTANG BAKAR

1 05 2007

ubi kentang bakar

Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.

Selain daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia juga merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Di dalam ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya. Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.

 


Actions

Information

9 responses

2 05 2007
Bat

adehh..tak selero aku nak makan nasik tengok muka budak ni..haha..lawak ja..tau kat apik mampuih aku..

2 05 2007
owner

dun worry bat…aku rahsiakan…hahaha…

2 05 2007
Bilik Sebelah

Patutnya saudara pengarang menukar nama blog ini kepada blog untuk makan a.k.a “My blog for makan”.. Baru best!

2 05 2007
ibnuimam

“bungkus ubi kentang dengan menggunakan…”

MENGGUNAKAN APA EZY? Guna daun pokok getah ke?
Huhuhuhu!

2 05 2007
synergy9890

da afiq…aku luper smalam…hahaha..skang da datang balik idea…

2 05 2007
liza

trus x lalu tgk gambo org makan tuh…ahakss

4 05 2007
zaida

soh tuan yg mkn tuh, nganga luas2 agi..
brula masyuk n mnyelerakan..
kwang3…

11 05 2007
synergy9890

saper nak ubi kentang bakar???kita bakar ujung sem nie ramai2…masyuk gak tuh…

26 05 2008
lily

assalamualaikum…tq for sharing msg tentang khasiat yang terkandung dalam ubi kentang…sekurang-kurangnya, sy telah mendapat input yang boleh share kepada pendengar radio ASYIKfm..ape-ape pun..tq sekali lagi kerana berkongsi maklumat yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: