MAKANAN SEGERA LEBIH BAHAYA DARIPADA ROKOK

9 05 2007

Oleh Mohd Roji Abdullah

BATU PAHAT: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda. Malah, Dr Chua menyifatkan makanan segera lebih berbahaya daripada rokok dan minuman keras kerana ada kes pengambilan makanan bermula sejak bayi lagi.

“Pengambilan makanan segera sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan kita lemah dari awal lagi kerana kita sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita.”

“Tidak keterlaluan jika kita letakkan tahap bahaya makanan segera sama taraf atau lebih tinggi lagi berbanding rokok atau minuman keras,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA Batu Pahat, di Dewan Jubli Intan, di sini, malam kelmarin.

Dr Chua berkata, pengambilan makanan segera sejak usia bayi dikenal pasti penyumbang utama peningkatan mendadak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Dua puluh tahun lalu, hanya enam peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu (kencing manis), tetapi kini sudah meningkat kepada sembilan peratus dan jika amalan mengambil makanan segera berterusan, tidak mustahil jumlah pesakit akan meningkat 12 hingga 13 peratus pada 2020 nanti,” katanya.

Menteri Kesihatan itu berterima kasih sokongan pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap cadangan kementerian melarang iklan makanan segera di media.

“Jika langkah tegas, termasuk melarang iklan makanan segera di media tidak diambil, kami khuatir bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kronik terus meningkat ke tahap serius.”

“Saya akan berjumpa dengan NGO bagi berbincang dengan mereka untuk mencari pendekatan bagaimana mencapai hasrat kita mendidik rakyat Malaysia supaya tidak memakan makanan segera,” katanya sambil menambah, masalah itu diburukkan dengan keengganan rakyat Malaysia bersenam.


Actions

Information

15 responses

10 05 2007
Bat

jadi..merokoklah selalu..hehe..senang skit..leh mati awal (macam pahala dah banyak ja)..huhu

11 05 2007
synergy9890

hahaha…bahaya gak bat…rokok da nak naik harga da…so kena kurangkan r…hehehe…

11 05 2007
MiA

huhuhu..
patutla muka hitam..
bibir hitam..
cam orang tak cukup zat..
rupe2 asyik makan snack n hisap rokok..
hehe

11 05 2007
ibnuimam

Eh… ye je kenyataan ni.

Aku rasa ia lebih berbaur perkauman. walaupun saya tak suka membangkitkan isu perkauman, tapi terpaksa juga tulis.

Oleh kerana bisnes makanan segera semakin maju (menteri lebih fokus pada Fast food, bukan junk food!), dan ianya didominasi oleh usahawan melayu, maka menteri pun mulalah berkata2.

Jika kita lihat di sini, usahawan Junk food seperti keropok, cokelat, banyak didominasi oleh kaum cina. manakala fast food seperti KFC, A&W, banyak tokei2 nya melayu.

jadi menteri cuba nak jatuhkan bisnes orang melayu atau nak takeover.

so cam ne?

13 05 2007
Md.Rz

Emm..pada sy kedua2nya sama bahaya jika tidak dibendung..
Dua2 akn mendatngkan kesan yng buruk pada kesihatn kita..
So pada yng hisap rokok or suka maknan junk food ni..
beringt2la..
kalo boleh jgn makn kedua2 nya..
pilih salah satu pun ok lg..
tp katakanlah xnk pd kedua2nya..itu lg afdal..hehe..

untuk sajak tentng bahaya rokok or dadak..silala layari blog sy..

19 06 2007
liza

ELEH!!!ALASAN UNTUK TERUS MEROKOK…….BANYAK LA KO…

20 06 2007
owner

betol 2…facts from kementerian kesihatan..x tipu…hahaha…

6 07 2007
Bilik Sebelah

Ok la makan makanan ringan dan hisap rokok.. Dari ambik SYABU, PIL KUDA, hisap GAM, minum ARAK.. Kan zila kan? Kan??

6 07 2007
synergy9890

betul 2…tapi rokok da naik harga…mampu ker nak beli rokok lagi???hehe…

7 07 2007
josh gRoBaN

isap lolipop jer la…

8 07 2007
burn & nana

kalo dah mknn segera 2 b’bhya drpd m’rokok & minumn keras..haramkn mknn segera 2..ape susah sgt 2.

9 07 2007
josh gRoBaN

susah nak haramkan…banyak masalah…

13 07 2007
synergy9890

betoi tuh…banyak probs dia…lgpun mesti ada yg tentang…

28 07 2007
josh gRoBaN

saper la nak tentang 2???bengang betul aku…!!!

1 10 2007
refha

bwt saya pribadi, jauhi aja tu yg namanya rokok & junk food ! cz 22nya gak bikin sehat….!!!
mau mati pelan2?hisaplah rokok & makanlah junk food se…banyak2nya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: