TABIAT PEMAKANAN KITA. ADAKAH SIHAT?

13 07 2007

Malaysia merupakan salah satu daripada syurga makanan di dunia. Kehebatan masyarakat kita dalam menilai makanan memang tidak dapat dinafikan lagi. di sini, saya ingin berkongsi bagaimana corak pemakanan masyarakat kita. Cuba kita lihat, berdasarkan pemerhatian saya selama ini, rakyat Malaysia mempunyai tabiat makan yang sangat pelik dan amat tidak menyihatkan.

Pada waktu pagi, apa yang biasanya kita semua makan? Semestinya roti canai, mee goreng, nasi goreng, kuih, dan juga nasi lemak. Makanan tersebut memang mempunyai kandungan lemak dan gula yang sangat tinggi.

MAKANAN KITA, KESIHATAN KITA

Pada waktu tengah hari pula, kita akan makan nasi. disertakan pula dengan ayam goreng, patin gulai tempoyak, tak makan sayur, dan juga bandung cincau. makanan tersebut sememangnya sedap namun mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi juga. Kenapa tidak minum saja air suam?

BUAH-BUAHAN. KESIHATAN KITA

Waktu petang pula, kita ke gerai di tepi jalan. beli pula pisang goreng dengan keropok lekor. Minum plak air kopi atau teh kat rumah dengan Keluarga. Sekali lagi kita masukkan gula dan kolesterol ke dalam tubuh kita.

Waktu malam pula, sekali lagi kita ke kedai mamak atau kedai makan yang popular. Makan pula makanan yang bergoreng seperti Nasi goreng, mee goreng, dan juga Tom Yam campur. Masuk la lagi kolesterol tu dalam tubuh kita. Taram je la. janji sedap kan. bagi yang bujang yang dah semakin kering lak, makan la megi yang direndam dengan air panas jer. Fuh, menusuk ke kalbu.

Tengah malam pun makan juga. pergi lagi ke kedai mamak. Makan roti kosong, roti telur, nasi lemak, dan bagi yang lapar lagi, taram la nasi dengan ayam goreng. Memang betul-betul tidak berkhasiat. Balik jer ke rumah, terus tidur.

KuEh MuEh

Makanan yang kita makan dari hari ke hari memang membantu memendekkan umur kita. Ini kerana kandungan lemak, gula, garam dan kolesterolnya sangat tinggi. Cuba kita ubah gaya pemakanan kita dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga dengan meminum air suam. Dengan ini, ianya dapat membantu kita dalam menempuhi hari-hari yang mendatang dengan tenang dan sihat.

BERSAMA MENGAMALKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT


Actions

Information

12 responses

13 07 2007
josh gRoBaN

betul tuh…aku pun lebih kurang cam 2 la gak..huhuhu…bila la nak berubah…????

14 07 2007
Bilik Sebelah

Post ni ditujukan buat diri sendiri jgk ker synergy9890? Hahaha.. Hmm, sape la kuar malam2 pg maplai makan roti canai.. Ni malam ni pas main futsal, mesti pg makan jugak kan? bagus la tu.. Sukan + Makan, pas2 tgk perut, boroi jugak.. Kikikiki…

15 07 2007
synergy9890

weS..mana ada g makan roti canai da…kan kita g minum air..aku lak minum barli ais gelas besar kat kedai mak cik rosmi 2…sihat per…huhu…xde makan2 ek…

16 07 2007
Mr.Bilik Sebelah

eleh, main x seberapa, minum je lebih..

16 07 2007
avataraang

ye la 2 synergy9890..cakap je la makan byk..huhuhu..
mau sembunyi2 plak ke?

16 07 2007
avataraang

josh 2 macam boleh caye jerk..sbb 2 la xblh nak berubah..hehehe

19 07 2007
synergy9890

betoi apa…mana ada sembunyi2…

19 07 2007
comey ke???

weh2….ko tujukn artikel ni tok aku ke???ape xmkn sayur x mkn sayur???sepak kang…huhuhuh

19 07 2007
josh gRoBaN

saper makan chicken hartz…dia akan rasa kenyang giler…so…paham2 jer la…hahaha…

19 07 2007
synergy9890

betul 2 josh…aku setuju…..

19 07 2007
Mr.Bilik Sebelah

Ape la “comey ke??”.. Post ni untuk sume.. Bukan dia sorang jer.. Sape mkn ayam, dia rasa ayam lar.. Kan?

Pas2 nk sepak2 synergy9890 pulak..
(memang patut pun ko sepak, lain kali jgn ckp jer, wat terus.. Jangan tangguh2)

23 07 2007
josh gRoBaN

hahaha…aku stujuuuuuuuuuuuuu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: