BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

19 07 2007

Amalan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran telah terbukti dapat membantu kita mengawal simptom alahan dan respitori. Hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Sepanyol, Greek dan United Kingdom terhadap amalan pemakanan dan tahap kesihatan kanak-kanak di kawasan pedalaman di Eropah yang mana lebih mudah mendapat akses kepada sumber-sumber tersebut kerana kedudukan geografinya dn mudah mendapat sumber bekalan makanan tersebut. Hasil kajin yang dilakukan, didapati:-

  • Memberi perlundungan kepada mereka yang menghidapi masalah asma, alahan dan juga respitori.
  • Pengambilan oren, epal, tomato dan anggur didadapati memberi kesan yang signifikan dalam melindungi kanak-kanak daripada kesukaran bernafas dan alahan rintis.
  • Mereka yang makan dan mengambil makanan seperti kacang yang kaya dengan sumber vitamin E sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga didapati kurang menghadapi kesukaran bernafas. Viitamin E merupakan bahan utama yang diperlukan tubuh badan manusia menahan pemusnah sel dan ancaman radiasi oleh oksidan dan radikal bebas. Kekacang dan sayur-sayuran juga mempunyai kandungan magnesium yang tinggi dan menurut sesetengah pengkaji dapat membantu melindungi daripada serangan asma dan meningkatkan kekuatan paru-paru serta saluran penafasan.

BUAH-BUAHAN TEMPATAN MALAYSIA

  • Kajian lain juga merumuskan amalan pemakanan yang memberi penekanan kepada budaya makan yang mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan akan memberi kesan yang manfaat ke atas simptom-simptom asma di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa sekurang-kurangnya berkurangan sebanyak 23 peratus dalam tempoh tiga tahun.
  • Manfaat ini adalah berkaitan dengan vitamin-vitamin dan anti-oksidan yang terkandung dalam makanan tersebut dan ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada mereka yang mengidap masalah alahan yang serius dan berkait rapat dengan keradangan dan paru-paru.

Ini adalah selaras dengan Islam yang menggalakkan pemakanan makanan yang halal dan toyyib dalam kehidupan termasuklah menekankan tabitat makan yang betul dan seimbang. Jelas terbukti bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membatu kita dalam menempuhi kehidupan dengan lebih sihat.

Advertisements




DURIAN

4 07 2007

Durian merupakan raja kepada segala buah yang mana amat diminati oleh rakyat Malaysia. keenakan dan bau buah durian memang tidak boleh dinafikan lagi. Dewasa ini, durian tidak lagi sukar untuk didapati kerana jika diperhatikan di sepanjang jalan, ramai penjual menjual durian dengan harga yang begitu berpatutan.

p7040087.jpg

Seperti yang kita sedia maklum, durian biasanya digunakan oleh masyarakat melayu dalam penghasilan tempoyak. Tempoyak yang dihasilkan biasanya dimakan berserta dengan budu. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh durian dalam penghasilan tempoyak begitu menarik minat masyarakat Melayu, terutamanya Melayu Kelantan. Namun kini, tempoyak semakin digemari oleh semua masyarakat tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

Penggemar durian

Durian juga biasanya dijadikan dodol yang mana dihasilkan dengan cara mengeringkan isi durian tersebut sebelum dimasak. Pucuk durian juga boleh dimakan dan biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat Melayu. Biji buah durian juga boleh direbus atau dibakar dan kemudiannya dimakan dan mempunyai rasa yang sungguh enak. Kulit buah durian pula biasanya dijadikan bahan bakar terutamanya untuk membakar ikan.

uniknya durian





KHASIAT PISANG

3 07 2007

sekadar gambar hiasan

TAHUKAH ANDA?

  • Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
  • Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
  • Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula