BAHAYA MAKANAN SEGERA @ FAST FOOD

9 07 2007

baby wif McD..

Sedarkah kita bahawa makanan segera yang menjadi kegilaan masyrakat kita sekarang mempunyai kandungan gula, lemak dan garam yang sangat tinggi. Fakta ini disahkan sendiri oleh pakar-pakar pemakanan. Kandungan bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang mana sangat membahaya seperti obesiti, darah tinggi, dan mungkin kanser. Tahap kesedaran masyarakat zaman sekarang tentang bahayanya makanan segera sememangnya sangat rendah. Dibantu pula dengan pengiklanan secara besar-besarkan oleh syarikat-syarikat makanan segera ini untuk menarik minat pencinta makanan segera mencuba apa yang mereka hasilkan. Sebagai contoh, jika kita membeli surat khabar, syarikat makanan segera menyediakan ‘brosure’ untuk mempromosikan makanan mereka berserta kad diskaun.

stop fast food!!!

Langkah bijak yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengharamkan pengiklanan makanan segera melalui media massa yang mana dibantu oleh Kementerian Penerangan Malaysia adalah satu langkah yang sememangnya patut dipuji. Kesedaran rakyat Malaysia tentang bahayanya makanan segera hendaklah dipertingkatkan bagi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti.

Advertisements




CARA MEMOTONG LOBAK MERAH YANG BETUL

9 07 2007

carrot @ lobak merah

Pernahkah kita terfikir yang cara kita memotong lobak merah atau sayur-sayuran lain kita hendak memsak adalah salah. Kenapa salah? Ini kerana cara kita memegang lobak tersebut adalah tidak mengikut posisi yang sepatutnya. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips cara yang betul untuk memotong lobak merah.

Untuk mendapatkan potongan lobak merah yang sekata, kita hendaklah memastikan bahawa tangan kita berada di atas lobak merah. Jari hantu pula hendaklah berada di posisi paling atas untuk memudahkan kerja kita. Untuk mendapatkan potongan yang sama bagi setiap potongan, pastikan mata pisau berada di hadapan permukaan kuku jari hantu kita. Semasa memotong, hanya gerakkan jari hantu kita diikuti dengan mata pisau. Denngan menggunakan kaedah ini, potongan lobak merah kita adalah sama dan ianya juga dapat mempercepatkan tugasan kita semasa memotong lobak merah.





KOPI ATAU VANILLA COKE???

6 07 2007

Minuman merupakan salah satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan kita. ini kerana untuk mempunyai tubuh yang sihat, seseorang individu itu hendaklah meminum 8 gelas air masak sehari.

coffee or vannila coke??

Kopi merupakan diantara minuman yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia. Tidak hairan sekiranya kita melihat kebanjiran kedai kopi yang mana merupakan tempat paling diminati oleh penggemar minuman tersebut terutamanya masyarakat kampung. Kopi merupakan minuman yang mempunyai jumlah kafein yang sangat tinggi dan pengambilan yang kerap boleh membahayakan kesihatan penggemar minuman tersebut.

jom minum kopi

Vannila coke pula adalah diantara minuman yang digemari oleh golongan remaja masa kini kerana rasanya. Namun golongan ini tidak sedar tentang keburukan amalan meminum minuman ini. Ini kerana vanilla coke boleh menghakis bahagian perut kita sekiranya kita sentiasa meminumnya. Kita juga sedia maklum bahawa minuman seperti ini mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan masalah kencing manis. Amalan meminum minuman ini hendaklah dihentikan bagi menjamin kesihatan kita.

pekena vanilla coke





CHINESE SOUP

5 07 2007

Sup cina adalah diantara makanan yang berkhasiat yang mana boleh dihasilkan oleh kita. cara penyediaannya yang begitu mudah boleh dimanfaatkan oleh pengemar sup atau mereka yang sentiasa sibuk dengan bebanan kerja.

sup cina

Bahan-bahan yang dogunakan dalam penghasilan sup cendawan memang berkhasiat. Diantaranya ilah cendawan kering, sirip ikan yu, lobak merah dan juga ubi kentang. Kita sedia maklum bahawa bahan-bahan diatas mempunyai khasiat yang berbeza. Dengan amalan memakan sup cina ini, seseorang individu itu boleh mengekalkan kesihatannya dengan baik.





DURIAN

4 07 2007

Durian merupakan raja kepada segala buah yang mana amat diminati oleh rakyat Malaysia. keenakan dan bau buah durian memang tidak boleh dinafikan lagi. Dewasa ini, durian tidak lagi sukar untuk didapati kerana jika diperhatikan di sepanjang jalan, ramai penjual menjual durian dengan harga yang begitu berpatutan.

p7040087.jpg

Seperti yang kita sedia maklum, durian biasanya digunakan oleh masyarakat melayu dalam penghasilan tempoyak. Tempoyak yang dihasilkan biasanya dimakan berserta dengan budu. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh durian dalam penghasilan tempoyak begitu menarik minat masyarakat Melayu, terutamanya Melayu Kelantan. Namun kini, tempoyak semakin digemari oleh semua masyarakat tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

Penggemar durian

Durian juga biasanya dijadikan dodol yang mana dihasilkan dengan cara mengeringkan isi durian tersebut sebelum dimasak. Pucuk durian juga boleh dimakan dan biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat Melayu. Biji buah durian juga boleh direbus atau dibakar dan kemudiannya dimakan dan mempunyai rasa yang sungguh enak. Kulit buah durian pula biasanya dijadikan bahan bakar terutamanya untuk membakar ikan.

uniknya durian





PEGAGA

3 07 2007

PEGAGA

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella usiatica biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat Melayu. Kajian saintifik juga telah membuktikan pegaga digunakan untuk perawatan pelbagai penyakit.

Kajian oleh para saintis, mendapati banyak kesan perubatan daripada pegaga ini antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, memulihkan penyakit keputihan, merawat penyakit kulit , asma, demam panas, demam kuning, hipatitis-B, dan buasir.Selain itu juga, pegaga telah tersenarai sebagai 20 herba ubatan yang terbaik di dunia.





KHASIAT PISANG

3 07 2007

sekadar gambar hiasan

TAHUKAH ANDA?

  • Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
  • Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
  • Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula