Rumah Terbuka

25 10 2008
Antara gelagat ketika menghadiri rumah terbuka

Antara gelagat ketika menghadiri rumah terbukaKetupat, Rendang, Nasi beriyani?Satay ker?

Diantara aktiviti wajib seluruh umat Islam yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini akan teruja untuk mengikuti atau menganjurkan Majlis Rumah Terbuka. Kadang-kadang aku jugak terfikir tentang kebaikan dan keburukan dari rumah terbuka ini kepada masyarakat kita. Kebaikan dari rumah terbuka adalah dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam. Disamping itu juga, dengan adanya rumah terbuka ini, sanak-saudara yang jarang berjumpa boleh bersua muka dan bermaaf-maafan. Bukan senang untuk meluangkan masa yang ada seperti hari-hari biasa tanpa sebab untuk bertandang ke rumah sanak-saudara sendiri. Kesibukan tugas di pejabat kadang-kala mengganggu perhubungan yang mana boleh mengakibatkan putus saudara. dengan adanya majlis rumah terbuka ini, dapatlah kita sama-sama memupuk kembali semangat kekeluargaan melalui aktiviti gotong-royong dan makan-makan yang diadakan.

Namun yang demikian, kita haruslah sedar bahawa makanan yang disajikan kadang-kala boleh mengakibatkan kita kegemukan. bayangkan sendiri dengan hidangan satay, rendang, elmang, ketupat, dan banyak lagi. itu merupakan makanan yang mengandungi banyak kolesterol. masalah ini kadang-kala dipandang mudah oleh segelintir masyarakat kita. kita haruslah berwaspada apabila mengunjungi majlis rumah terbuka dan makan sekadar yang perlu sahaja. ini boleh membantu kita mengamalkan diet yang seimbang dan berat badan kita tidak naik dengan mendadak selepas daripada musim perayaan.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.