KACANG
21 06 2007ramai remaja sekarang bimbang untuk memakan kacang keran masalah jerawat. menurut kajian yg telah diajalnkan, kacang mempunyai kandungan lemak yang tinggi namun 85% daripada kandungan lemaknya adalah lemak tidak tepu (monounsaturated dan polyunsaturate) dalam sistem metabolisma, kandungn lemak tidak tepu boleh membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar HDL iaitu lemak baik.
selain itu, kacang juga kaya dengan zat besi dan juga kalsium yang mana membantu perjalanan gula di dalam darah kita. selain itu, kacang juga membantu mengurangkan risiko sakit jantung serta mengurangkan kadar lemak di dalam badan.
Pertubuhan Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat menyarankan rakyatnya supaya mengambil segenggam kacang sehari iaitu mengandungi nutrisi lengkap yg mana diperlukan oleh tubuh manusia dan bertindak melindungin badan daripada penyakit.
Comments : 2 Comments »
Categories : Uncategorized
BAWANG PUTIH
12 05 2007apabila bercakap mengenai bawang putih, terus kita akan terfikirkan kelebihannya di dalam masakan kita…ini kerana bawang putih membangkit rasa dan bau di dalam makanan kita…namun begitu, bawang putih juga boleh dijadikan pengilat kuku…dengan menggunakan bawang putih, kita boleh mempunyai kuku yang cantik dan berkilat secara semula jadi….cara rawatannya adalah…

ambil bawang putih dan kupas kulitnya…selepas itu belah bawang putih tersebut kepada dua…sapau bahagian tengah bawang putih kepada kuku kita secara perlahan-lahan..dan selepas itu lihat hasilnya pada kuku kita…
Comments : 4 Comments »
Categories : KHASIAT
KHASIAT DAUN KADUK
9 05 2007Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.
Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas…
![]()
Comments : 4 Comments »
Categories : KHASIAT
TEMBIKAI
2 05 2007

Khasiat makanan
- Bijinya boleh dimakan sebagai kacang panggang.
- Buahnya dimakan mentah atau dibuat jus buah-buahan.
Khasiat perubatan
- Akarnya dicampur dengan kunyit & hancurkan serta dicampur dengan sedikit cuka untuk mengubati sakit rheumatism.
- Bijnya pula boleh dipecahkan, kemudian direbus lalu diminum. Ini bagi membantu pelawasan buang air kecil, merawat bengkak, masalah sistem pernafasan dan membantu penghadaman.
- Bijinya yang segar dihancurkan dan cecairnya diperah. Kemudian ditelan untuk mengatasi masalah cacing di dalam perut.
- Biji atau kulit buah boleh dikeringkan, dipanggang dan dihancurkan sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan air dan ditelan bagi rawatan sakit di bahagian salur kencing.
- Isi atau jusnya kalau diminum dapat melawaskan buang air kecil, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, mengurangkan masalah bronchitis, ubat beri-beri, bengkak pundi kencing, sakit kerongkong, sakit mulut, ketagih arak, demam kuning, masalah ginjal dan bengkak dalam sistem pernafasan.
- Jika sakit kepala, ikat kulitnya pada kepala.
- Kulit buah dihancurkan dan dijadikan ubat pupuk untuk merawat masalah hati.
- Daunnya boleh direndam dan diminum untuk merawat penyakit malaria.
Comments : 4 Comments »
Categories : KHASIAT
UBI KENTANG BAKAR
1 05 2007Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
Selain daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia juga merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Di dalam ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya. Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.
Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.
Comments : 9 Comments »
Categories : KHASIAT













Recent Comments