Rumah Terbuka

25 10 2008
Antara gelagat ketika menghadiri rumah terbuka

Antara gelagat ketika menghadiri rumah terbukaKetupat, Rendang, Nasi beriyani?Satay ker?

Diantara aktiviti wajib seluruh umat Islam yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini akan teruja untuk mengikuti atau menganjurkan Majlis Rumah Terbuka. Kadang-kadang aku jugak terfikir tentang kebaikan dan keburukan dari rumah terbuka ini kepada masyarakat kita. Kebaikan dari rumah terbuka adalah dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam. Disamping itu juga, dengan adanya rumah terbuka ini, sanak-saudara yang jarang berjumpa boleh bersua muka dan bermaaf-maafan. Bukan senang untuk meluangkan masa yang ada seperti hari-hari biasa tanpa sebab untuk bertandang ke rumah sanak-saudara sendiri. Kesibukan tugas di pejabat kadang-kala mengganggu perhubungan yang mana boleh mengakibatkan putus saudara. dengan adanya majlis rumah terbuka ini, dapatlah kita sama-sama memupuk kembali semangat kekeluargaan melalui aktiviti gotong-royong dan makan-makan yang diadakan.

Namun yang demikian, kita haruslah sedar bahawa makanan yang disajikan kadang-kala boleh mengakibatkan kita kegemukan. bayangkan sendiri dengan hidangan satay, rendang, elmang, ketupat, dan banyak lagi. itu merupakan makanan yang mengandungi banyak kolesterol. masalah ini kadang-kala dipandang mudah oleh segelintir masyarakat kita. kita haruslah berwaspada apabila mengunjungi majlis rumah terbuka dan makan sekadar yang perlu sahaja. ini boleh membantu kita mengamalkan diet yang seimbang dan berat badan kita tidak naik dengan mendadak selepas daripada musim perayaan.





KERACUNAN MAKANAN

4 08 2007

Keracunan makanan adalah satu masalah gangguan sistem badan manusia yang mana disebabkan oleh kita terhidu, tersentuh mahupun makan bahan kimia yang beracun yang biasanya daripada bengkel, makmal dan juga makanan yang dimakan oleh kita.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna iaitu kuta hendaklah mengamalkan pemilihan makanan bersih da seimbang. Jika makan di luar, kita hendaklah makan di kedai yang bersih yang mana telah digredkan oleh kementerian kesihatan. Kita hendaklah menjauhi gerai-gerai atau gerai makan yang tidak mengamalkan kebersihan kerana jika kita makan di gerai tersebut, kebarangkalian untuk kita mengalami keracunan makanan adalah tinggi.

20807153_404d41022c.jpg

Risiko untuk kita mengalami keracunan makanan di rumah juga adalah tinggi jika kita tidak mengamalkan penyediaan dan pemilihan makanan yang bersih. Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan. Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti

  • Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
  • Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
  • Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
  • Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
  • Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.




MENGURUSKAN BADAN???

26 07 2007

Kita biasa mendengar ungkapan tersebut di kalangan wanita yang begitu mengambil berat tentang penampilan diri mereka…Yang sentiasa ingin kelihatan menarik dihadapan lelaki…Apabila kita bercakap mengenai menguruskan badan, kita seringkali mendengar wanita tersebut mengungkapkan perkataan “i’m on diet”…tak mana itu…tak makan ini…Pentingkah menguruskan badan???

Apa yg hendak ditekankan di sini adalah..Untuk tampil menarik…kita hendaklah makan mengikut apa yang disarankan melalui piramid makanan yang mana dicipta untuk kebaikan kita juga…Hasil kajian yang dijalankan jelas membuktikan bahawa cara pemakanan yang diamalkan dengan berpandukan piramid makanan dapat mengekalkan seseorang itu kekal sihat…Disamping itu juga, dapat membantu kita mengurangkan berat badan kita….

Dengan berpandukan kepada piramid makanan juga, tidaklah perlu kita berpantang dan menahan perut…Apa yang perlu kita lakukan di sini adalah dengan mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan sihat…Jika kita menahan perut kita sekiranya lapar, mungkin kita akan mengalami masalah lain seperti gastrik…





TABIAT PEMAKANAN KITA. ADAKAH SIHAT?

13 07 2007

Malaysia merupakan salah satu daripada syurga makanan di dunia. Kehebatan masyarakat kita dalam menilai makanan memang tidak dapat dinafikan lagi. di sini, saya ingin berkongsi bagaimana corak pemakanan masyarakat kita. Cuba kita lihat, berdasarkan pemerhatian saya selama ini, rakyat Malaysia mempunyai tabiat makan yang sangat pelik dan amat tidak menyihatkan.

Pada waktu pagi, apa yang biasanya kita semua makan? Semestinya roti canai, mee goreng, nasi goreng, kuih, dan juga nasi lemak. Makanan tersebut memang mempunyai kandungan lemak dan gula yang sangat tinggi.

MAKANAN KITA, KESIHATAN KITA

Pada waktu tengah hari pula, kita akan makan nasi. disertakan pula dengan ayam goreng, patin gulai tempoyak, tak makan sayur, dan juga bandung cincau. makanan tersebut sememangnya sedap namun mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi juga. Kenapa tidak minum saja air suam?

BUAH-BUAHAN. KESIHATAN KITA

Waktu petang pula, kita ke gerai di tepi jalan. beli pula pisang goreng dengan keropok lekor. Minum plak air kopi atau teh kat rumah dengan Keluarga. Sekali lagi kita masukkan gula dan kolesterol ke dalam tubuh kita.

Waktu malam pula, sekali lagi kita ke kedai mamak atau kedai makan yang popular. Makan pula makanan yang bergoreng seperti Nasi goreng, mee goreng, dan juga Tom Yam campur. Masuk la lagi kolesterol tu dalam tubuh kita. Taram je la. janji sedap kan. bagi yang bujang yang dah semakin kering lak, makan la megi yang direndam dengan air panas jer. Fuh, menusuk ke kalbu.

Tengah malam pun makan juga. pergi lagi ke kedai mamak. Makan roti kosong, roti telur, nasi lemak, dan bagi yang lapar lagi, taram la nasi dengan ayam goreng. Memang betul-betul tidak berkhasiat. Balik jer ke rumah, terus tidur.

KuEh MuEh

Makanan yang kita makan dari hari ke hari memang membantu memendekkan umur kita. Ini kerana kandungan lemak, gula, garam dan kolesterolnya sangat tinggi. Cuba kita ubah gaya pemakanan kita dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga dengan meminum air suam. Dengan ini, ianya dapat membantu kita dalam menempuhi hari-hari yang mendatang dengan tenang dan sihat.

BERSAMA MENGAMALKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT





PEMILIHAN MAKANAN MENGIKUT ISLAM YANG PATUT DIAMALKAN

12 07 2007

Tubuh badan manusia adalah satu organisma hidup yang amat hebat kerana berkeupayaan untuk mengawal, membesar, memperbaiki, dan mempertahankan diri sekiranya kita mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, bermutu tiinggi dan semula jadi.

Di dalam memilih makanan, Islam menekankan agar umatnya mencari yang halal serta baik. Ini kerana faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam Al Quran mencerminkan kepada kita bahawa Islam itu syumul hatta di dalam bab pemilihan makanan sekalipun diperincikan dengan faham yang cukup lengkap panduannya.

Intipatinya mudah,

  • pilih makanan yang halal
  • sumber rezeki yang halal
  • menekankan unsur mutu makanan iaitu pemakanan yang sihat serta makanan yang baik dan bersih untuk kesihatan. 

Jika sebelum ini kita hanya terus menyuapkan apa yang kita mahu makan ke dalam mulut kita, ubah pemikiran kita kepada berfikir sejenak sama ada makanan yang kita makan itu halal ataupun tidak. Ini juga adalah untuk kebaikan kita dan juga generasi kita.

ADA APA DENGAN MAKANAN??

Makanan yang kita makan adalah bermutu jika menepati cirri-ciri makanan yang seimbang. Kita hendaklah memikirkan demi kebaikan kita untuk memantapkan lagi kesihatan kita. Salh bin Saad pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengamalakan pemakanan buah tembikai berserta dengan buah tamar dan amalan ini merupakan satu pendekatan yang dipamerkan oleh baginda dalam pola pemakanan yang seimbang.

Mungkin di kalangan kita tidak memperhalusi erti tayyib sebenar dan mengambil mudah tentangnya sebelum ini. Namun, kita boleh menanamkan niat agar kita menekankan soal keselamatan makanan yang merangkumi soal kebersihan dan keracunan makanan. Apabila ingin mengubah selera makan diluar, sebagai pengguna yang bijaksana perlulah memilih kedai yang bersih, halal dan selamat. Penyajian makanan juga tidak meragukan kita. Di dalam satu hadis, Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membersihkan buah kurma terlebih dahulu sebelum makan. Ini menunjukkan walaupun buah kurma itu makanan yang segar, ia mungkin tercemar oleh debu atau benda- benda lain yang menyebabkan ia tidak elok untuk dimakan. Oleh itu, membasuhnya adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan keselamatan makanan tersebut.

          Dalam sudut lain mengenai pemakanan, kadang- kadang ramai di antara kita bimbang dengan penampilan saiz badan masing- masing terutamanya wanita. Mungkin ada di kalangan kita mengalami masalah kegemukan. Kegemukan bukan sekadar masalah lahiriah tetapi dari sudut kesihatan ia mungkin mendatang bahaya yang lebih besar iaitu penyakit berkaitan jantung. Ia amat membimbangkan kerana penyakit ini dapat membunuh manusia secara senyap tanpa disedari. Oleh itu, pemakanan yang sihat dapat menjamin bentuk badan yang cantik secara langsung kesihatan yang baik. Bagi yang memiliki bentuk badan yang tidak memuaskan, dengan gaya pemakanan yang seimbang dan senaman yang berkala dapat menurunkan berat badan kepada bentuk yang diingini. Oleh itu, tiket atas dasar kesihatan mungkin menjadi satu titik tolak untuk kita berusaha mencapai berat badan yang unggul dalam memperbaiki taraf kesihatan yang lebih baik. Dengan azam yang kental, kita dapat menterjemahkan impian kita kepada kenyataan.

 





PEGAGA

3 07 2007

PEGAGA

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella usiatica biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat Melayu. Kajian saintifik juga telah membuktikan pegaga digunakan untuk perawatan pelbagai penyakit.

Kajian oleh para saintis, mendapati banyak kesan perubatan daripada pegaga ini antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, memulihkan penyakit keputihan, merawat penyakit kulit , asma, demam panas, demam kuning, hipatitis-B, dan buasir.Selain itu juga, pegaga telah tersenarai sebagai 20 herba ubatan yang terbaik di dunia.





KHASIAT PISANG

3 07 2007

sekadar gambar hiasan

TAHUKAH ANDA?

  • Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
  • Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
  • Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula







Follow

Get every new post delivered to your Inbox.