PEMILIHAN MAKANAN MENGIKUT ISLAM YANG PATUT DIAMALKAN

12 07 2007

Tubuh badan manusia adalah satu organisma hidup yang amat hebat kerana berkeupayaan untuk mengawal, membesar, memperbaiki, dan mempertahankan diri sekiranya kita mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, bermutu tiinggi dan semula jadi.

Di dalam memilih makanan, Islam menekankan agar umatnya mencari yang halal serta baik. Ini kerana faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam Al Quran mencerminkan kepada kita bahawa Islam itu syumul hatta di dalam bab pemilihan makanan sekalipun diperincikan dengan faham yang cukup lengkap panduannya.

Intipatinya mudah,

  • pilih makanan yang halal
  • sumber rezeki yang halal
  • menekankan unsur mutu makanan iaitu pemakanan yang sihat serta makanan yang baik dan bersih untuk kesihatan. 

Jika sebelum ini kita hanya terus menyuapkan apa yang kita mahu makan ke dalam mulut kita, ubah pemikiran kita kepada berfikir sejenak sama ada makanan yang kita makan itu halal ataupun tidak. Ini juga adalah untuk kebaikan kita dan juga generasi kita.

ADA APA DENGAN MAKANAN??

Makanan yang kita makan adalah bermutu jika menepati cirri-ciri makanan yang seimbang. Kita hendaklah memikirkan demi kebaikan kita untuk memantapkan lagi kesihatan kita. Salh bin Saad pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengamalakan pemakanan buah tembikai berserta dengan buah tamar dan amalan ini merupakan satu pendekatan yang dipamerkan oleh baginda dalam pola pemakanan yang seimbang.

Mungkin di kalangan kita tidak memperhalusi erti tayyib sebenar dan mengambil mudah tentangnya sebelum ini. Namun, kita boleh menanamkan niat agar kita menekankan soal keselamatan makanan yang merangkumi soal kebersihan dan keracunan makanan. Apabila ingin mengubah selera makan diluar, sebagai pengguna yang bijaksana perlulah memilih kedai yang bersih, halal dan selamat. Penyajian makanan juga tidak meragukan kita. Di dalam satu hadis, Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membersihkan buah kurma terlebih dahulu sebelum makan. Ini menunjukkan walaupun buah kurma itu makanan yang segar, ia mungkin tercemar oleh debu atau benda- benda lain yang menyebabkan ia tidak elok untuk dimakan. Oleh itu, membasuhnya adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan keselamatan makanan tersebut.

          Dalam sudut lain mengenai pemakanan, kadang- kadang ramai di antara kita bimbang dengan penampilan saiz badan masing- masing terutamanya wanita. Mungkin ada di kalangan kita mengalami masalah kegemukan. Kegemukan bukan sekadar masalah lahiriah tetapi dari sudut kesihatan ia mungkin mendatang bahaya yang lebih besar iaitu penyakit berkaitan jantung. Ia amat membimbangkan kerana penyakit ini dapat membunuh manusia secara senyap tanpa disedari. Oleh itu, pemakanan yang sihat dapat menjamin bentuk badan yang cantik secara langsung kesihatan yang baik. Bagi yang memiliki bentuk badan yang tidak memuaskan, dengan gaya pemakanan yang seimbang dan senaman yang berkala dapat menurunkan berat badan kepada bentuk yang diingini. Oleh itu, tiket atas dasar kesihatan mungkin menjadi satu titik tolak untuk kita berusaha mencapai berat badan yang unggul dalam memperbaiki taraf kesihatan yang lebih baik. Dengan azam yang kental, kita dapat menterjemahkan impian kita kepada kenyataan.

 

About these ads

Actions

Information

12 responses

13 07 2007
josh gRoBaN

mAkanaN yAng bErkUaliTi meNjamIn kEsiHataN kiTA….

16 07 2007
Mr.Bilik Sebelah

Hari tu aku tgk ko makan ayam 3 ketul, nasi sepinggan, kentang, salad, aiskrim 4 gelas, air gas 3 cawan, float 2 cawan, rokok dua batang.. Sihat ke macam tu? hah? makanan ikut Islam ke?

19 07 2007
synergy9890

kureng asam betoi…rokok sbatang jer la…ayam 5 ketul…hahaha…ari 2 bayar lebey…kna la mkn lebih…x kan bayar nak tgk jer kan…????hehehe..ko 2…apa kurengnya…bkn kureng…lebih dr aku makan ada r….

19 07 2007
josh gRoBaN

kuat gak mr. bilik sbelah nie mkn ek???

19 07 2007
Mr.Bilik Sebelah

Of course la kuat.. Tengok perut lar.. Hmm, lagipun aku bayar jugak masa makan kat Chicken hartz.. kalu x rugi lar (seperti yang dikatakan oleh tuan punya blog)..

19 07 2007
josh gRoBaN

kuat makan xpe…tp jgn luper turun padang ptg2…main bola…jgn sibuk melantak kat cafe jer ngan si dia…hehehe…

21 07 2007
Mr.Bilik Sebelah

weh JOSH GORBAN, aku dah beli but UMBRO.. Siap ko! Esok aku turun…

21 07 2007
josh gRoBaN

eleh…musim ujan nie la ko berkobar2…bkn dulu…skunk ujan…mana ada main bola da…main ping pong skang…hahahaha…

22 07 2007
Mr.Bilik Sebelah

Eleh, but tu tak la kene makan anai2.. Kalu aku main pas raya pun boleh.. Sem depan pun boleh pakai lagi.. Dengki la tu..

22 07 2007
josh gRoBaN

he elh…x dengki langsung…kita tgk la but saper rosak dulu…ko ker aku…hahaha…petag nie ko turun la training…next week kita wat match…hahaha….

23 07 2007
Mr.Bilik Sebelah

Josh, ko ni x support rakan2 la.. Jgn la doa kan but aku rosak dulu.. Aduhai.. Aku baru nak belajar main bola..

23 07 2007
josh gRoBaN

bkn x kasi support…nak cabar ko…susah sgt nak tgk ko turun padang…haha…x rasa tercabar ker???(wes…topic lari da…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: