Durian merupakan raja kepada segala buah yang mana amat diminati oleh rakyat Malaysia. keenakan dan bau buah durian memang tidak boleh dinafikan lagi. Dewasa ini, durian tidak lagi sukar untuk didapati kerana jika diperhatikan di sepanjang jalan, ramai penjual menjual durian dengan harga yang begitu berpatutan.
Seperti yang kita sedia maklum, durian biasanya digunakan oleh masyarakat melayu dalam penghasilan tempoyak. Tempoyak yang dihasilkan biasanya dimakan berserta dengan budu. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh durian dalam penghasilan tempoyak begitu menarik minat masyarakat Melayu, terutamanya Melayu Kelantan. Namun kini, tempoyak semakin digemari oleh semua masyarakat tidak kira Melayu, Cina mahupun India.
Durian juga biasanya dijadikan dodol yang mana dihasilkan dengan cara mengeringkan isi durian tersebut sebelum dimasak. Pucuk durian juga boleh dimakan dan biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat Melayu. Biji buah durian juga boleh direbus atau dibakar dan kemudiannya dimakan dan mempunyai rasa yang sungguh enak. Kulit buah durian pula biasanya dijadikan bahan bakar terutamanya untuk membakar ikan.






Recent Comments